Wednesday, December 18, 2013

Perkenan Ilahi


Bersedia atau tidak

Suatu hari akan tiba ke penghujungnya



Semua yang dilalui
Sama ada diingati atau dilupai
Akan ditinggalkan....



Kekayaan, kebanggaan dan kekuasaan
Menjadi tidak penting lagi



Dendam, kecewa dan dengki 
Akan hilang akhirnya....



Begitu juga harapan, cita-cita
Dan apa yang ingin dilakukan
Akan lupus....



Kemenangan dan kekalahan 
Yang dulunya nampak penting akan lenyap



Asal keturunan atau cara hidup
Akan sampai ke penghujungnya



Bukan lagi kecantikan atau kepintaran
Menjadi ukuran 
Walau apa bangsa atau warna kulit



Jadi, apakah yang penting
Apakah yang menjadi ukuran
Nilai hari-hari mendatang



Apa yang peting bukan apa yang dibeli
Tetapi apa yang dibina
Bukan apa yang diperolehi
Tetapi apa yang diberi



Apa yang penting bukanlah kejayaan 
Tetapi sumbangan
Bukan sijil kelayakan
Tetapi apa yang dicurahkan



Apa yang penting ialah keinsanan
Ihsan, ketabahan dan pengorbanan
Yang menyemarakkan semangat, 
Usaha dan contoh kepada orang lain



Apa yang peting bukanlah kecekapan
Tetapi perwatakan
Bukan berapa ramai yang kita kenali
Tetapi berapa ramai yang merasai kehilangan kita
Apa yang penting bukanlah ingatan kita
Tetapi ingatan yang bermain
Dalam diri orang yang menyayangi kita



Apa yang penting ialah berapa lama kita diingati 
Oleh siapa dan kerana apa



Kehidupan yang penting 
tidak berlaku begitu sahaja
Kehidupan bukan ketentuan keadaan
Tetapi pilihan dan keredhaan



Kehidupan adalah perkenan Ilahi....

No comments:

Post a Comment