Monday, September 16, 2013

Diri Sebenar Diri

Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang dikenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak.  Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang iaitu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus faham beza dua kata ini, sebelum kita lafazkannya.

Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin. Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
 
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan inilah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi  untuk dapat  merasakan perbezaannya.

Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini,  sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduknya di dalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad, oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.

Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani. Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama-nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.

Renung kembali kisah wujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah "Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?"  maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana  yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.

Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan  bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa. Jadi, diri utama kepada diri adalah diri yang tadinya berbicara dengan Penciptanya. Diri yang menjadi tuan kepada diri kasar yang tampak di mata.

Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasuki Jasad, baharulah wujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.

Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti  jasadnya sendiri. Maka dengan  sebab  ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat  menghubungi yang ghaib.

Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dialah hidup sebenar-benar hidup, lagi menghidupkan jasad itu.


BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA

Seperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupanya seperti kita cuma ianya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugasnya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut  Aliran  Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini.  Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan  tersendiri.
                           
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus dikenal dengan minda, rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?

Diri sebenar Diri yang duduknya dalam jasad itu, tugasnya menghidupkan  jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya  dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.

Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.

Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.

Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksudnya dengan membuka pintu baginya untuk keluar (jalannya) dan cara melahirkannya ada 3:

1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibukakan oleh Guru yang Berpengalaman.

Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 iaitu dengan dibukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya. Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?

Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
  • Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
  • Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma bezanya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa  arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
  • Ianya duduk di dalam jasad 
  • Rupanya sama saperti jasad tapi ghaib
  • Dirilah yang menghidupkan jasad kita
  • Punca tenaga
  • Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
  • Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana

KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mahu tahu dan mahu cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkanlah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya.